Salam Maal Hijrah 1431H Dari Kota Putera Dot Net

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Selamat menyambut tahun baru Islam 1431 Hijrah dari kami warga Kota Putera Dot Net & juga dari seluruh kepimpinan disemua peringkat DUN Kota Putera , Besut Terengganu.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Yang telah memberikan kita semua peluangĀ dengan melanjutkan usia kita ini & dapat kita bertemu dengan tahun baru 1431H ini. Sama-samalah kita menginsafi & bersyukur dengan nikmat serta rahmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita dengan melimpah ruah. Didalam nikmat yang begitu banyak kita terima dari Allah SWT , adalah pernah kita mensyukurinya ? pernahkah kita meninggalkan segala maksiat & larangan Nya ? atau bertambahkah ketaqwaan kita kepada Nya?
Sama-samalah kita berazam & membulatkan tekad untuk menjadi Muslim yang sejati serta bertambah baik segalanya berbanding dari tahun yang lepas & hari semalam Insya-Allah.
” Umat Islam Harus Cemerlang , Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam ”
Selamat Tahun Baru Hijrah 1431



















No comments yet.