Rehatkan Minda……………

cerita cair di pegang

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya
Puteri Sheila on 7. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan.
Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu,
semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang
maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kawin la
puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun
membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.
Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika
puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri
pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri,
Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa
sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan
kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda
masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian,
pertandingan pun berlangsung….. Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki 1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang
paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi
batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki 1 : Silakan….

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair
nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri…

Muncullah lelaki ke-2…..

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki 2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras
dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi
perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk
menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki 2: Silakan…..

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua
benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya… Kemudian muncul
lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa
apa-apa pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam
poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta
cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam
poket hamba ini…

Maharaja: Hmmmm…. Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu… Mukanya merah menahan malu.
Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali.
Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan… Maharaja tanya
puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat….

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak….

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi
menantu Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe…….

Tapi….. Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan
kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah
Pegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe…..

BENDA ITU IALAH—— COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!
AWAK INGAT APA???? OTAK TU BIAR BETUL
SIKIT AAAAA…TAK SESUAIII TAU KORANG

HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEH

—————————————————————————————————————————–

Salah hantar

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa
mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya
selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut
mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya
terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca
e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut
pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai
dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 30 July 2009
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita
boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu
pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap
perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
———————————————————————————————————————————-

Share/Save/Bookmark

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post