Kerajaan Malaysia telah membebaskan 5 tahanan ISA semalam. Salah seorang daripada mereka ialah Mat Sah Satray yang ditahan tanpa bicara melebebihi dari 7 tahun. Beliau merupakan suami kepada aktivis GMI Norlaila Othman.
Menjelang 1 syawal, pasti ia sesuatu yang mengembirakan bagi pihak yang terlibat , namun apakah nasib mereka yang masih ditahan.
Oleh itu, belum lengkap rasanya selagi semua tahanan ISA tidak dibebaskan. Masih ada 7 orang lagi yang dizalimi di Kamunting. Bebaskan mereka atau hadapkan mereka ke muka pengadilan. Hukum mereka mengikut peruntukan undang-undang yang ada bukan dengan ISA. Selepas mereka dibebaskan atau dihukum tutup Kem Kamunting tempat yang zalim itu.
Seterusnya kerajaan mesti memohon maaf dan membayar gantirugi kepada semua tahanan dan keluarga mereka atas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan.

























No comments yet.