Pelancaran Mesyuarat Agung Cawangan DUN Kota Putera



Kampung Raja- Pada 11hb Februari 2010 yang lepas, satu program pelancaran Mesyuarat Agung seluruh cawangan didalam kawasan DUN Kota Putera telah dilancarkan oleh Yg Bhg Ustaz Dato’ Hj Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di Masjid Darul Iman, Kampung Lahar Besut Terengganu.
Majlis tersebut dihadiri oleh seluruh kepimpinan disemua peringkat seluruh cawangan-cawangan di dalam kawasan DUN Kota Putera. Turut hadir bersama didalam majlis itu iaitu Ustaz Hj. Adam Bin Hj Said yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota Putera merangkap Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Besut dan wakil dari PAS Kawasan Besut.



















No comments yet.