Lawatan ke rumah AJK Pemuda DUN KP
Petang tadi kami berkunjung ke rumah salah seorang AJK Pemuda DUN KP, iaitu saudara Khairul Azlan yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Dalam kunjungan itu Pemuda DUN telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau. Dan terima kasih juga kami ucapkan kepada Ustaz Ikhwan (http://abupas.blogspot.com) kerana sudi menyalurkan bantuan kepada saudara Khairul Azlan.
Ketua pemuda sempat berpesan agar beliau bersabar dengan ujian ini, dan dapat menerimanya dengan redha. Kami warga kotaputera.net juga mendoa’ kan agar saudara kita ini cepat sembuh dan dapat menyumbang tenaga dalam gerak kerja jemaah islam ini.

atas: Saudara Khairul Azlan menunjukkan kakinya yang tercedera akibat daripada kemalangan jalan raya.
bawah: beliau menceritakan bagaimana kemalangan berlaku


Ketua Pemuda DUN Kota Putera menyampaikan sumbangan kepada saudara Azlan. Dari Kiri: Jamsuri (Jan Ikan), Salizan (Jan ketua pemuda), saudara Azlan dan Iwan (Ketua Penerangan MTD KP)



















No comments yet.