Bergabung?Umno ketandusan isu dan idea
Pada hari ini 14 julai 2010 saya sungguh terkejut,apabila membaca sinar harian telus dan tulus Edisi kelantan ,terpapar di muka hadapan bertajuk SEDIA RUNDING dan di iringi dengan 2 tokoh politik yang tidak asing lagi,Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Dato Tan sri Muhyiddin Yasin,apakah isu yang di bangkitan kedua tokoh ini?
Saya meneliti atikel di muka surat N4 ahkbar tersebut,ternyata isu berkaitan pergabungan politik antara PAS dan Umno masih lagi di mainkan,bila meneliti kenyataan antara kedua tokoh ini,terutamanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz,ternyata Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetap teguh dengan pendirian beliau,dimana selagi UMNO tidak mengubah dasar nya kepada islam,jangan berharap untuk PAS bergabung dengan UMNO.Soal nama Parti adalah soal kedua,katanya.
ini menunjukan bahawa,umno cuba memgheret kembali isu Kerajaan Perpaduan yang pernah dimainkan dahulu dengan hanya menukar tajuk supaya rakyat Malaysia khususnya keliru dengan isu ini.
Mengapa baru sekarang UMNO melalui Timbalan nya beriya-iya mahu bergabung dan lebih mengejutkan lagi INGIN MEMBELA ISLAM,sedang kita sebagai rakyat sudah mengetahui JUDI BOLA sudah di luluskan di Parlimen,dan banyak lagi isu-isu yang masih belum di selesaikan oleh UMNO itu sendiri.
Harus di ingat,Umno menggunakan isu begabung ini sebagai langkah terakhir untuk mengukuhkan keduduk tapuk kuasa mereka di Malaysia khususnya.Dengan melaga-laga pucuk kepemimpinan Pas dan ahli ganbugan Pakatan,maka rakyat di bawah menjadi curiga dan wujud satu pemikiran bercalaru di kalangan rakyat,terutama Peyokong-peyokong dibawah.
Berbagai-bagai serangan sudah digunakan oleh UMNO terhadap Kerajaan yang di terajui oleh Pas dan Pakatan,namunPas dan Pakatan Rakyat berjaya menempis segala serangan tersebut, kerana adanya sokongan padu rakyat.Jadi tidak perlulah Umno menggunkan idea ini sebagai sejata kerana kelak nanti memakan diri-sendiri
Bergabung?Umno ketandusan isu dan idea sekarang,perubahan pemeritahan negara pada PRU-13 pasti berlaku dengan izin ALLAH,kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dekati dan terus dekati pengundi di kawasan kita



















No comments yet.