Kumpulkan Rakyat Seramai Mungkin Pada 1 ogos
pemuda pas dun kota putera menyeru kepada semua rakyat malaysia supaya datang beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 1 ogos nanti iaitu perhimpunan MANSUH ISA seperti yang dirancang. perhimpunan ini telah mendapat reaksi banyak pihak termasuk NGO dan juga badan-badan pertubuhan politik termasuk parti gerakan dimana pemuda gerakan akan turut sama menyertainya.
saya difahamkan bahawa, kita yang menyokong untuk mansuhkan ISA ini bukan sahaja akan bertembung dengan pihak polis, malah akan bertembung dengan golongan yang menyokong ISA diteruskan. mereka juga akan berhimpun pada hari yang sama dan waktu yang sama. difahamkan mereka akan berkumpul mulai jam 11pagi lagi.
jadi, pemuda pas dun kota putera menyeru kepada rakyat yang bencikan ISA harap dapat turun beramai-ramai kerana kemungkinan besar akan berlaku kekecohan kerana akan timbul pelbagai provokasi. kit bukan sahaja akan diprovokasikan oleh penyokong ISA malah dari pihak polis yang dikenali sebagai SB. harap kita dapat berhati-hati dalam kes ini.
untuk mengelakkan apa-apa terjadi pada kita pada hari berkenaan, saya menggalakkan kepada setiap orang supaya bersedia dari segi zahir dan batin. seperti membawa garam, kain kecil, air dan keprluan lain yang perlu. arahan yang saya kemukakan ini adalah berdasarkan beberapa pengalaman perhimpunan iaitu kita tidak pernah lagi aman untuk berhimpun, setiap kali berhimpun pasti akan kena semburan gas dan air. jadi bersedialah lebih awal.
kami pemuda pas dun kota putera sekali lagi meyeru kepada seluruh rakyat tidak kira parti yang menyokong mansuhkan ISA harap dapat turun beramai-ramai menandakan sokongan kita untuk dimansuhkan ISA. tinggal sekejap kerja-kerja kita dirumah dan dikedai-kedai dan juga dimana-mana demi keadilan semua pihak. mungkin kita tidak merasai kerana ianya tidak kena pada kita ataupun ahli keluarga kita,. cuba bayangkan jika ianya ada kaitan dengan kita, apa perasaan kita?



















No comments yet.