Amalan mulia pada Bulan Ramadhan~ siri 1
Ramadhan adalah bulan mulia dan bulan pengampunan. Bersempena bulan yang mulia ini sayugialah kita menambahkan amal ibadat kita. Antara amalan-amalan yang dituntut ialah:
- Tilawah al-quran
- memberi makan dan sedeqah
- i’tikaf
- umrah
- bertaubat
Rasulullah SAW bersabda “Apabila orang-orang mengetahui nilai leboh Ramadhan, mereka akan berharap agar semua bulan dijadikan sebagai bulan Ramadhan.” (Riwayat Ibnu Huzaimah)
Tilawah al-Quran
Membaca al-quran pada bulan banyak kelebihannya. Al-quran diturunkan kepada manusia bukan sekadar untuk dibaca, tetapi menghayati pengajaran-pengajaran yang terdapat di dalamnya.
Allah SWT berfirman” (Al-quran ini) sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami denagn teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Sad:29)
Memberi makan dan sedeqah
Salah satu amalan mulia pada bulan Ramadhan ialah Rasulullah memberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang memberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orangyang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (Riwayat Tirmidzi dan an-Nasa’i)
Bersedeqah juga merupakan satu bukti kepatuhan kita kepada Allah. Bersedqah bukan sahaja dengan harta benda tetapi dengan segala bentuk seperti, masa, idea dan yang paling tinggi ialah nyawa kita untuk fisabillah. Namun sedeqah yang kita bicara di sini ialah sedeqah harta benda. Dengan bersedeqah juga dapat membersihkan dan menyuburkan rezeki kita. Oleh itu sempena bulan yang penuh dengan keberkatan ini berlumba-lumbalah kita dalam membuat kebajikan termasuklah sedeqah. Dan sedeqah yang baik itu merupakan sesuatu yang paling kita hargai.
Wallahu a’lam.



















No comments yet.