- Youtube:umno Bn alami fonia di penghujung hayat| Leave a Comment
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 28 Sept: Kerajaan Umno BN sekarang mengalami serangan penyakit kartun fobia, ceramah fobia, kuliah fobia, Youtube fobia, risalah fobia dan seumpamanya. Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan melalui [...]
- Adun Galas kembali ke rahmatullah| Leave a Comment
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini. Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu. Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang. (Gambar kiri: Para [...]
- Pengetua rasis kerana Ketuanan Melayu Umno| Leave a Comment
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 27 Sept: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berpendapat insiden pengetua sekolah yang bersikap rasis adalah kesan daripada doktrin politik ‘Ketuanan Melayu’ ciptaan Umno. Doktrin politik itu seringkali menjadi teras kepada kursus anjuran Biro Tatanegara (BTN) yang diwajibkan kepada kakitangan kerajaan dan golongan pelajar. Justeru, belum pun reda isu pengetua rasis yang [...]
- Biodata Tok Guru Nik Abdul Aziz| Leave a Comment
Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki [...]
- Tuanku Muhammad Faris Petra Perkenan Gelaran Sultan Muhammad ke 5| Leave a Comment
KOTA BHARU 22 Sept. – Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran itu berkuat kuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. “Al-Sultan Kelantan [...]
- Permasyhuran Sultan Kelantan Dicabar Tuanku Ismail Petra| Leave a Comment
KUALA LUMPUR: Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin bagi mencabar pemasyhuran anakanda sulung Baginda, Sultan Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang sah, kata peguam, Datuk Param Cumaraswamy. Beliau berkata, pihaknya telah meminta mahkamah untuk campurtangan dan mengisytiharkan Baginda sebagai Sultan Kelantan yang sah. [...]
- Media tidak wajar sokong demokrasi mengarut| Leave a Comment
KOTA BHARU, 18 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, demokrasi di Malaysia berat sebelah dan tidak sepatutnya disokong pengamal media termasuk kaum wartawan. Bahkan, katanya demokrasi yang berlangsung di negara ini adalah ‘mengarut’ apabila teori demokrasi itu sendiri tidak sama dengan amalan. Justeru beliau yang juga Mursyidul Am [...]
- Pemangku Raja Kelantan Tengku Faris Petra Di Masyhurkan Sebagai Sultan Kelantan| Leave a Comment
KOTA BHARU 13 Sept. – Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini. “Maka dengan ini [...]
- Datuk Sosilawati Di Bunuh| Leave a Comment
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut. Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan [...]


















