- Sejarah Penubuhan(PAS) bahagian Akhir| Leave a Comment
Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu – iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti. Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO [...]
- Walimah Dalam Islam| Leave a Comment
Walimatulurus, atau lebih dikenali dengan panggilan ” Kenduri Kahwin ” tidak asing lagi bagi masyarakat kita pada hari ini. Pada musim cuti persekolahan ini begitu banyak sekali majlis tersebut diadakan. Kadang-kadang kita bermusafir yang jauh untuk meraikannya. Boleh dikatakan setiap daripada ibubapa merancang untuk mengadakan majlis tersebut apabila mereka mengkahwinkan anak-anak perempuan mereka,sama ada mereka [...]
- Umat Islam di Amerika kagumi Nik Aziz| Leave a Comment
KOTA BHARU, 22 Julai: Biar pun ada pemimpin Umno cuba memperlekehkan taraf ulama yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya masyarakat Islam di Amerika Syarikat begitu mengkaguminya. Perkara itu didedah imam besar masjid di Baltimore, Amerika Syarikat, Dr Mohamad Bashar Arafat ketika mengunjungi Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim semalam. [...]
- Kisah benar: Anak Derhaka| Leave a Comment
Setiap kemahuan perlu dituruti, manakala bangkangan pula menyebabkan anak mengamuk dan bertindak ganas Tidak cukup mengherdik ibunya dengan panggilan ‘anjing’ dan bapanya ‘babi’, seorang pelajar berusia 16 tahun menendang kepala bapanya ketika sujud di sejadah hanya kerana makanan tidak disediakan sekembalinya daripada berfoya-foya dengan rakan. Seorang lagi anak kurang ajar mengugut untuk mengebom ibunya jika [...]
- Melayu lebih mulia Tanpa Umno| Leave a Comment
Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 19 Julai: “Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. [...]
- Pakat masuk PAs,bukan bersatu dengan UMNO| Leave a Comment
Idris Ahmad Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini. PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh. Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai [...]
- Dakwa Anwar Alat CIA:Utusan Biadap,UMNO terdesak| Leave a Comment
Tuduhan dangkal dan biadap ini datang selepas kenyataan tegas Dato’ Seri Anwar yang menyelar tindakan Amerika dan regim Zionis secara konsisten mutakhir ini. Malah, tambah menjengkelkan, kemunculan Dato’ Seri Anwar di dalam temuramah CNN yang beroperasi di Amerika Syarikat juga dijadikan sebagai satu ‘pembuktian longgar’ Umno bahawa Anwar adalah alat CIA. Serangan terbaru ini sekaligus [...]
- PAS sudah tolak berunding dengan Umno| Leave a Comment
Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno. Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya [...]
- Bergabung?Umno ketandusan isu dan idea| Leave a Comment
Pada hari ini 14 julai 2010 saya sungguh terkejut,apabila membaca sinar harian telus dan tulus Edisi kelantan ,terpapar di muka hadapan bertajuk SEDIA RUNDING dan di iringi dengan 2 tokoh politik yang tidak asing lagi,Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Dato Tan sri Muhyiddin Yasin,apakah isu yang di bangkitan kedua tokoh ini? Saya meneliti atikel [...]
- Sejarah penubuhan(PAS) bahagian 2| Leave a Comment
Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya. Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan [...]


















