SABDA Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual termasuk akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi olehnya.
Sifat hati pula terbahagi empat iaitu kebuasan, kebinatangan, kesyaitanan dan ketuhanan. Tiga sifat pertama terbabit pula bukan mudah untuk dibuang, malah akibat daripada itu ramai umat Islam kecundang hingga akhirnya melakukan dosa besar.
Manakala sifat terakhir iaitu ketuhanan saja yang akhirnya mampu membawa kita ke jalan benar dan diredai Allah SWT, tetapi bukan mudah melakukannya kerana hanya yang benar-benar mahu berubah mampu melaksanakannya.
Secara umumnya, untuk membersihkan hati yang kotor, kita hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT.
Hati juga boleh diubati dengan mengamalkan beberapa perkara iaitu membaca al-Quran dan memahami serta mentadabbur maksudnya, meningkatkan amalan solat sunat pada waktu malam dan banyakkan menangis bertaubat kepada Allah SWT, berkawan dengan orang soleh juga alim ulama.
Selain itu, amalan lain ialah membiasakan diri dengan berpuasa sunat, kerap berzikir waktu siang atau malam serta sentiasa mengingati mati.
Penyakit paling berbahaya bagi hati ialah menyekutukan Allah SWT dengan yang lain, mendustakan kebenaran, hasad dengki terhadap sesama manusia, benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh dan pelbagai lagi.
Lawan daripada menyucikan atau membersihkan hati ialah mengotorinya. Seseorang yang beriman hendaklah selalu mengutamakan kebersihan luaran juga dalaman diri kerana kekotoran akan membuka segala pintu kejahatan.
Contoh bukti kekotoran jiwa ialah perbuatan kaum Thamud yang tidak mengutamakan nilai-nilai budi dan kesopanan, meminum arak, malah melakukan zina secara terang-terangan.
Renungi firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf, ayat 179: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah.
“Dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.”M/H
Pemuda Pas dari Cawangan Beris Pak Abu bergambar ramai sebelum bertolak ke tempat berkumpul di Alor Lintang
Minyak Motor di sediakan percuma oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut
Berkumpul di Caltex Alor Lintang sebelum bertolak
Ramai!!! Program anjuran DPP Kawasan Besut ini mendapat sambutan luar biasa dari para Pemuda seluruh Besut.”Orang Mude Geng Kite”
Doa sebelum memulakan perjalanan,di baca oleh Ketua DPP Kaw. Besut Ust Zulkifli Kadir
Ya Allah,Ya Tuhanku berkatilah perjalanan kami ini dan peliharalah keselamatan kami!!
Peserta mula di lepaskan
Berlepas…
Dalam perjalanan 1…
Dalam Perjalanan 2..
Dalam perjalanan 3…
DPP Kawasan Besut berjaya menganjurkan satu Konvoi Motosikal yang mendapat sambutan luar dugaan seluruh Pemuda dari Kawasan Besut.Program yang di sertai oleh lebih kurang 500 peserta ini,bertujuan untuk menghadiri Program Himpit Besut/Setiu di Bari Besar Setiu.Selain motosikal berpuluh buah kereta juga turut serta dalam konvoi ini.
Program ini mendapat kerjasama penuh pihak Polis yang sudi mengringi perjalanan hingga ke Setiu.Di samping itu Kelab Radio Amatur Terengganu turut sudi menyelia perjalanan yang mengambil masa hampir 1 jam ini.Selain itu Unit Amal Kawasan Besut turut di kerah sebagai Marshall bagi melicinkan perjalanan.
PAS Kawasan Besut mengambil keputusan untuk memperkukuhkan organisasi parti melalui penyusunan semula beberapa post penting sebagai persiapan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
Mesyuarat AJK PAS Kawasan Besut kali ke 10 pada 10 Januari 2010 telah memutuskan untuk melantik Sdr. Mohd Nasir Awang sebagai Setiausaha PAS Kawasan yang baru. Beliau dilantik ke jawatan tersebut setelah Ustaz Adam Mat Said mengosongkan jawatan tersebut ekoran perlantikan beliau sebagai Pengarah Majlis Tindakan DUN Kota Putera.
Ustaz Abdul Aziz Abas yang sebelumnya diamanahkan sebagai Pengarah MTD Kota Putera telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut bagi memberikan laluan kepada tenaga baru bagi menggalas cabaran yang semakin kompleks di DUN tersebut. Beliau akan memberikan perhatian yang lebih kepada Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Kawasan setelah diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi lajnah tersebut.
Perlantikan-perlantikan ini berkuatkuasa serta merta.
Kita berdoa semuga Allah SWT mempermudahkan kita dalam semua urusan perjuangan.
Sekian wassalamu’alaikum wrm. wbt.
HAJI WAN AZHAR WAN AHMAD
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut
KOTA BHARU, 11 Jan: Rakyat Kelantan berpeluang mendengar sendiri penjelasan pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai hak negeri ini ke atas royalti minyak.
Ceramah khas mengenai royalti petroleum tersebut asalnya dijadual diadakan pada akhir Disember lalu di Stadium Sultan Mohammad Ke IV, namun ditunda kepada 28 Januari ini.
Program tersebut dijangka diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) bermula jam 7 malam.
Penganjur bersama program berkenaan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) memberitahu program itu bermula dengan solat Maghrib.
“Kemudian diikuti solat hajat dan solat Isya berjemaah dan ceramah umum yang akan disampaikan Tengku Razaleigh,” katanya di sini.
Jurucakap GEGAR berkata, veteran Umno itu sudah menyatakan persetujuan untuk hadir pada satu pertemuan dengan rombongan Gegar baru-baru ini.
GEGAR merupakan sebuah badan bertindak yang menggabungkan lebih 50 badan-badan bukan kerajaan (NGO). Antaranya Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT).
Matlamat utama penubuhan GEGAR bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.
Kerajaan negeri menuntut royalti minyak setelah mendapati Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2004 melaporkan Kelantan merupakan negeri pengeluar minyak bersama Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Tuntutan royalti minyak dimulakan kerajaan negeri menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai lalu.
Ekoran itu Menteri Besar menghantar dua pucuk surat kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
Bagaimanapun dua menteri yang juga anak Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin menafikan perairan negeri ini mempunyai minyak.
Namun selepas lima bulan tuntutan tersebut akhirnya Datuk Seri Najib Razak akur dan mengakui perairan Kelantan mempunyai minyak dan gas.
Pada kenyataan di parlimen pada 4 November lalu Perdana Menteri menjelaskan kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai 2010, hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri ini.
Oleh itu GEGAR menjemput orang ramai hadir pada program tersebut bagi mendengar sendiri penjelasan pengasas Petronas mengenai tuntutan royalti Kelantan.-Harakahdaily
ISLAMABAD - Setiausaha Agung Liga Muslim Pakistan-Q (PML-Q), Mushahid Hussain Sayed kelmarin mendesak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menghantar delegasi menemui Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berhubung dasar baru imigran di AS.
“OIC sepatutnya memandang serius perkara ini kerana ia adalah penghinaan dan tidak boleh diterima. Ia hanya akan memulakan gelombang baru perang dingin antara Barat dan dunia Islam,” katanya.
Mushahid mengkritik dasar imigran AS sebagai bercanggah dengan Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurutnya, OIC sepatutnya membantah dasar penghinaan ini manakala kerajaan Pakistan perlu melihat isu ini secara serius.
Mushahid juga mempertikaikan reaksi Washington yang sering mengambil tindakan tidak wajar terhadap penganut Islam.
Beliau berkata, AS kini meningkatkan jumlah musuh berikutan serangan dan campur tangan di Pakistan.
“Tinjauan terbaru mengenai serangan AS di negara ini menunjukkan bagi setiap seorang pengganas, 10 penduduk maut diserang pesawat pengintip,” katanya.
Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.
Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.
Menurut Calvin, Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.
“Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.
“Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.-Harakahdaily.net
Kami baru mendapat berita bahawa DS Nizar baru saja terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada pukul 9.20 pagi tadi di Jalan Raja Nazrin Shah, Ipoh. Keretanya yang mengalami rosak teruk apabila terbalik dengan keempat-empat tayarnya keatas, tetapi Dato Seri Nizar hanya mengalami kecederaan ringan dan luka kecil di siku kanannya dengan hanya satu jahitan. Kini Dato Seri Nizar berada di wad pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. Beliau kelihatan ceria menyambut ketibaan kami. Berita yang mengatakan bahawa beliau dimasukkan ke wad icu adalah tidak benar sama sekali.
Terkini 10.50am: DS Nizar di masukkan ke wad
DS Nizar kini ditempatkan di wad 8C Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk direhatkan selepas mengalami kemalangan tadi. Keadaannya akan dipantau sebelum dibenarkan pulang. Kebanjiran orang ramai yang bertali arus datang ke hospital sebaik menerima berita kemalangan DS Nizar sebentar tadi juga dilihat sebagai sebab beliau dipindahkan ke wad. Antara yang bergegas mengunjunginya adalah pimpinan Pas Perak seperti Ust Misbahul Munir, Ust Nor Azli Musa, pimpinan PKR Perak seperti YB Chang Lih Kang, juga pimpinan DAP Perak seperti YB Kulasegaran dan YB Sam.
Posted by Azizul Nizam
Menurut TheStar.com
IPOH: Former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sustained light injuries after his car turned turtle in Ipoh on Thursday.
He was heading towards the city centre for an appointment with his dentist when the accident occured around 9.20am.
According to his political secretary Misbahul Munir Masduki, Nizar was trying to avoid a car and swerved into the divider, when his car turned turtle.
He managed to crawl out from the wreck and was taken by a passer-by to the Raja Permaisuri Bainun Hospital, where he received outpatient treatment.
However, Nizar has been warded for one night after tests showed he had high blood pressure.
Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:
Kuala Lumpur
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (41% Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM Kota Bharu Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM
Fasa Maksimum (47% Matahari Tertutup):4:31 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM Langkawi (Kuah) Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM
Fasa Maksimum (52% Matahari Tertutup):4:27 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM Kuching Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM
Fasa Maksimum (23% Matahari Tertutup):4:34 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM
MiriFasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM
Fasa Maksimum (24% Matahari Tertutup):4:41 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM Kota Kinabalu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM
Fasa Maksimum (24% Matahari Tertutup):4:44 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM
Antara AJK Pemuda PAS DUN Kota Putera yang turut serta
Kuala Ibai, Terengganu 25 Disember 2009 - Satu majlis Konvensyen Kepimpinan Muda PAS Terengganu telah diadakan kelmarin di Markaz Tarbiyyah PAS , Kuala Ibai , Kuala Terengganu (25 Disember 2009) bersamaan 9 Muharram 1431H. Pemuda DUN Kota Putera juga tidak ketinggalan untuk turut serta didalam konvensyen tersebut. Konvensyen ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.
Acara di mulakan selepas solat jumaat pada jam 2.30 petang untuk sesi pendaftaran. Alhamdulillah , sambutan yang begitu menggalakkan oleh seluruh kepimpinan Pemuda di negeri Terengganu. Kehadiran yang diluar jangkaan sehingga penuh sesak di dewan Dato’ Hj Mutalib Embong di Markaz Tarbiyyah itu.
Pembentangan KOMITED 1 bertajuk PRU 13 : Gerakerja Pemuda disampaikan oleh YB Tuan Guru Dato’ Haji Harun Taib ( Pesuruhjaya PAS Terengganu ) dan Tuan Haji Yahya Ali (Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu). Read more